SELAMAT DATANG




SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEPAKTAKRAW MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PERATURAN PERTANDINGAN

PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM

1.0       UNDANG-UNDANG PERMAINAN
           
            Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF
           (Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan
           peraturan AM MSSM).
           
2.0       JENIS PERTANDINGAN
           
            Kejohanan  ini mengandungi acara-acara berikut:
            2.1  Antara PASUKAN Peringkat umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah kategori 
                   lelaki.
 
            2.2  Antara REGU Peringkat umur 12, 15 dan 18 tahun ke bawah kategori lelaki.
           
3.0       HAD UMUR PESERTA
           
             3.1 Had umur peserta bagi pertandingan permainan MSSM adaah seperti berikut:
                        3.1.1    18 tahun dan ke bawah
                        3.1.2    15 tahun dan ke bawah
                        3.1.3    12 tahun dan ke bawah
            3.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.
 
            3.3 Semua peserta kecuali umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia 
                  menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola . Seseorang peserta yang
                  hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau
                  KPPK 1/11 dari Jabatan Pendaftaran.
 
            3.4 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia   
                  menunjukkan salinan sijil kelahiran / MyKid yang disahkan oleh Pengetua /
                  Guru Besar / Penolong kanan sekolah peserta berkenaan.   
                 (Rujuk Peraturan AM  (4) Majlis Sukan Sekolah Malaysia).
 
4.0       PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN                       
4.1  Antara PASUKAN  bawah umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah adalah
                       terdiri  daripada 12 pemain pada setiap kumpulan umur.

4.2  Antara REGU bawah umur 12, 15 dan 18 tahun dan ke bawah lelaki,
mengandungi 1 REGU bagi setiap pasukan dengan 5 pemain bagi setiap REGU.

4.3  Hanya pemain yang didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian.

4.4  Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat semasa mesyuarat
       pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula.

4.5  Taraf kelayakan peserta adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (KELAYAKAN)
dalam Peraturan AM MSSM (Rujuk Lampiran B).

4.6  Pelajar yang menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Rendah
dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan wajib disahkan pendaftaran oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.

4.7  Pendaftaran pemain mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang R01
       (sekolah rendah) dan M01 (sekolah menengah).
 
                 4.8 Pendaftaran pasukan mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan
                       MSSM R02 (sekolah rendah) dan M02 (sekolah menengah).
          
5.0       SISTEM PERTANDINGAN
           
            5.1 Acara Berpasukan
Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pengelola Kejohanan bagi menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
           
            5.1.1 Peringkat Awal
            5.1.1.1  Sekiranya 12 atau lebih pasukan yang mengambil bahagian, maka
                         hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B, C dan D. Pertandingan
                         akan dijalankan secara liga.
            5.1.1.2  Pertandingan antara pasukan mengandungi 3 REGU, iaitu A, B dan C.
                        Pertandingan akan dijalankan dengan tertib menurut senarai regu atau barisan
                        Pemain yang telah didaftarkan dan diserahkan oleh pasukan-pasukan kepada
                        Pengadil Rasmi 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
            5.1.1.3  Ketiga-tiga REGU wajibkan bertanding pada peringkat awal.
            5.1.1.4  Johan,Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam Kejohanan tahun lalu
                         akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
                            Johan                  : KUMPULAN A
                            Naib Johan         : KUMPULAN B
                            Ketiga                 : KUMPULAN C
                            Keempat             : KUMPULAN D
                        Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 4 kumpulan tersebut dengan      
                        cabutan undi.
            5.1.1.5  Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian,
                         maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
                       

           
            5.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
           
            5.2.1 Pemenang 1 dan 2 dalam setiap kumpulan akan masuk kepusingan suku akhir
                        dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
            5.2.2 Undian bagi 2 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan didahulukan untuk 
                        ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.
             5.2.3 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di
kedudukan 2 atau 4, jika pasukan menang pertama kumpulannya telah diundi dan ditempatkan dikedudukan 5 atau 7 . Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan dikedudukan 6 dan 8.
            5.2.4 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
                     Perlawanan Akhir menentukan Johan dan Naib Johan. Sementara pasukan yang
                     kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
           
            5.3  Acara Regu
            5.3.1 Setiap pasukan akan diwakili oleh satu regu , yang akan ditandingi secara
                        KALAH MATI.
            5.3.2 Keempat-empat REGU yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir  tahun
lepas akan menjadi REGU 'Seeded'. Regu Johan dan Keempat diletakkan dalam kumpulan atas. Regu Naib Johan dan Ketiga diletakkan di Kumpulan Bawah. Regu-regu lain akan diundi bagi menentukan regu lawan masing-masing.
           
6.0       MENENTUKAN KEPUTUSAN
           
            6.1 Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan disytiharkan sebagai pemenang
                        pertama kumpulan, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan
diisytiharkan sebagai pemenang kedua.
            6.2 Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0
            6.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN , kiraan mata
diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan mengikut tertib berikut :-
                      6.3.1 Kiraan perbezaan REGU (difference) daripada jumlah regu menang
                                    yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.
                      6.3.2 Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan menang yang
                                    diperolehi  oleh pasukan berkenaan.
                      6.3.3 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah yang
diperolehi oleh pasukan berkenaan.
            6.4 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka
                        kaedah berikut dilakukan.
                      6.4.1 Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan
                                    lawannya akan dikira menang.
                      6.4.2 Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan
ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 15 mata sahaja. Undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang membuat sepak mula dan memilih gelanggang.
            6.5 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu atau pasukan yang akan bertanding
                        hendaklah menyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain
                        simpanan kepada Jawatankuasa Pengelola / Pengadil Rasmi yang bertugas.
            6.6 Setiap regu / pasukan hendaklah bersanggupan bertanding lebih daripada satu
                        perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit
                        akan diberi antara perlawanan tersebut.
            6.7 Seorang pemain boleh bermain dalam satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.
            6.8 Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN-UNDIAN tertakluk kepada keputusan
                        Jawatankuasa Pengelola.
           
7.0       PAKAIAN
           
            7.1 Semua jersi hendaklah mempunyai nombor di bahagian depan (10CM) dan                      
                  belakang (19CM)
            7.2 Setiap pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan.
            7.3 Hanya jersi bernombor 1 hingga 36 sahaja yang dibenarkan dalam kejohanan ini.
           
8.0       BOLA / ALATAN
           
             8.1 Bola yang digunakan ialah :
                        GAJAH EMAS
                        311  bagi peringkat umur 12 tahun ke bawah.
                        511  bagi peringkat umur 15 dan  18 tahun ke bawah.
           
9.0       MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH
           
            9.1 Pasukan / Regu yang mengesahkan persetujuan mengambil bahagian
                  tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada
                  pasukan/regu tersebut sekiranya melanggar Peraturan ini.
            9.2 Sekiranya/ ada pasukan/regu menarik diri atau menyerah kalah dengan
                  sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang
                  dimainkan oleh pasukan/regu itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak
                  dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib
                  akan diambil ke atas pasukan/regu berkenaan.
           
10.0     BANTAHAN
           
            10.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus sahaja
                    kepada juri rayuan.
            10.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) peserta atau
                    sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
                    sebelum pertandingan bermula, maka pasukan itu boleh mengambil bahagian
                    di bawah bantahan (under protes) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan
                    1 jam selepas menerima bantahan rasmi.
            10.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan
                    hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada satu jam
                    selepas perlawanan itu tamat. Tiap-tiap bantahan hendaklah beserta
                    dengan wang tunai RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus  Sahaja).
            10.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan
                    kepada yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
            10.5 Sila rujuk peraturan AM (12) MSSM.

           
11.0     JURI RAYUAN
           
            11.1 Juru Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau
                    7 orang (Maksimum) iaitu
           
                   * Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /wakilnya.
                   * Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
                   * Penyelaras Sepak Takraw MSSM
                   * Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw MSSM
                   * Seorang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan yang
                     dibuat.
           
12.0     LEMBAGA TATATERTIB

            12.1   Lembaga ini terdiri daripada :
                        12.1.1  Timbalan Pengarah Sukan Kemterian Pelajaran Malaysia.
                        12.1.2  Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau
                                     Wakilnya.
                        12.1.3  Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pengelola atau wakilnya
                        12.1.4  Penyelaras Permainan Sepak Takraw MSSM
                        12.1.5  Pengerusi Jawatankuasa Teknik Permainan yang berkenaan
                        12.1.6  Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
            12.2  Lembaga ini bertanggungjawab untuk :
                        12.2.1  Memberi amaran
                        12.2.2  Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu.
                        12.2.3  Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan.
                        12.2.4  Mengarah pemain dihantar pulang.
                        12.2.5  Menghantar laporan kepada MSS Negeri berkenaan supaya
                                    mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin
                                    mengikut hukuman yang diguna pakai oleh Persatuan Sepaktakraw
                                    Malaysia.
            12.3  Bertanggungjawab membuat laporan mengenai peristiwa yang telah
                     berlaku kepada urusetia MSSM secara lisan seberapa segera dan secara
                     bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan.
           
13.0     PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN
           
            13.1  Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil bertauliah
                     yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
            13.2  Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan
                     bertugas disepanjang kejohanan ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
            13.3  Semua keputusan yang telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan yang
                     berkaitan dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.
           
14.0     PENGGANTUNGAN
           
            Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh Pengadil,
            maka dengan serta merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan
            berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan.
             
15.0     MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN
           
            Semua pegawai dan peserta pasukan MSS Negeri yang menyertai pertandingan
            permaianan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri :
                        15.1  Majlis Pembukaan Rasmi
                        15.2  Jamuan rasmi sempena kejohanan
                        15.3 Taklimat/mesyuarat pengurus
                        15.4 Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampain Hadiah
 
            Jika terdapat MSS Negeri yang tidak mematuhi peraturan tanpa sebab tindakan
            tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urusetia MSSM
            serta Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan boleh diambil terhadap
            pengurusan pasukan.
           
16.0     KESELAMATAN
           
            16.1 Semua pegawai dan peserta MSS Negeri yang menyertai kejohanan ini
                    hendaklah dilindungi insuran.
            16.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian
                    kecacatan keanggotaan, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang
                    kecederaan lain yang berlaku.
                                    16.2.1  Semasa perjalanan pergi dan balik.
                                    16.2.2  Semasa kejohanan dijalankan.
                                    16.2.3  Di dalam atau di luar kawasan pertandingan.
                                    16.2.4  Di tempat-tempat penginapan.
                    Walaubagimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah bagi memastikan keselamatan peserta dan pegawai terjamin.
16.3 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa
                    Pengelola Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan.
           
17.0     PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
           
            17.1  Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mestilah dipatuhi.Jika ada
dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undangan permainan maka wajib dipatuhi.
            17.2  Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan
                     oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan
                     yang telah dibuat oleh Jawatankuasa adalah MUKTAMAD.

No comments:

Post a Comment