KEJOHANAN SEPAKTAKRAW
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA 2013
Kejohanan Sepaktakraw MSSM 2013 akan dilangsungkan dari 1 hingga 8 Jun 2013 di Negeri Jelapang Padi. MSS Kedah diberi mandat bagi mengelola kejohanan pada kali ini. Mesyuarat pengelolaan pihak tuan rumah bersama semua PTPS dari seluruh negara bersama Penyelaras Sepaktakraw, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun diadakan di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. Undian telahpun dilakukan bagi penentuan kumpulan semua kategori dan venue pertandingan juga telah dipersetujui bersama.
Semoga Kejohanan kali akan lebih meriah dan lebih ramai lagi bakat-bakat baru akan dapat diketengahkan khasnya bagi mewakili negara pada masa hadapan.









